Telusuri Sirah,
Praktik Sunnah.

Perjalanan mengerjakan Umrah mengikut manasik Nabi SAW — bersama TMK Travel & Tours, syarikat pertama menyediakan modul Jelajah Seerah yang lengkap.

★★★★★
5.0
351 ulasan
di Google
Gabung Jemaah TMK Sekarang:
Jemaah TMK Jemaah TMK Jemaah TMK +
Kaabah dan Menara Jam Makkah
Kubah Hijau Masjid Nabawi ketika senja
Payung raksasa dataran Masjid Nabawi
Kaabah dilihat dari lengkok Masjidil Haram
Masjid Nabawi ketika senja
✓ Membimbing Perjalanan
Ibadah Anda Sepenuhnya
1000+ Jemaah Dihantar
🎒

Kit Eksklusif

Bag, Buku Manasik & Zam-Zam 5L untuk setiap jemaah.

📖

Pengisian Ilmu

Sepanjang perjalanan, disulami kisah sirah yang sahih.

🕋

Hotel Selesa

Berhampiran Masjidil Haram & Masjid Nabawi.

Kenangan kumpulan jemaah TMK 1Kenangan kumpulan jemaah TMK 2Kenangan kumpulan jemaah TMK 3Kenangan kumpulan jemaah TMK 4
25+Tahun
Pengalaman
Tentang Kami

Pakej Dengan Pengisian Terbaik

Ibadah Umrah yang agung, jangan diambil mudah. Kita perlu mengorbankan masa, wang ringgit dan tenaga semata-mata untuk menyahut panggilan Allah SWT. TMK Travel menyediakan pakej Umrah dengan penginapan serta penerbangan yang selesa, disokong modul Jelajah Seerah supaya setiap langkah ibadah anda dipandu ilmu yang sahih.

Misi Kami

Membimbing setiap jemaah menunaikan Umrah persis manasik Nabi SAW, disulami pengisian sirah supaya bukan sekadar menunaikan rukun, tetapi turut menghayati kisah di sebalik setiap tempat yang dilawati.

Sertai kami capai kesejahteraan ibadah bersama modul yang tepat Lihat Pakej
1000+
Jemaah dihantar dengan selamat dan sempurna.
25+
Tahun pengalaman mengendalikan pakej Umrah.
4.5
Penilaian purata daripada jemaah kami.
4
Syarikat penerbangan rakan kongsi rasmi.
Perkhidmatan Kami

Perkhidmatan Utama TMK Travel & Tours

TMK Travel & Tours Sdn. Bhd. ialah ejen pelancongan berlesen (KPL 9749) yang dibenarkan menjalankan aktiviti perniagaan utama berikut.

  • Pelancongan Domestik & Antarabangsa

    Domestic & International Travel

  • Umrah & Haji

    Umrah & Hajj Services

  • Tiket Penerbangan & Visa

    Flight Ticketing & Visa Services

  • Pengurusan Perjalanan Korporat & Kumpulan

    Corporate & Group Travel Management

  • Pengangkutan & Pengurusan Darat (Ground Handling)

    Transportation & Ground Handling

Umrah Jelajah Seerah — Bukan Sekadar Pelancongan

Setiap pakej TMK dirangka supaya jemaah menunaikan ibadah dengan sempurna, dibimbing ilmu sirah yang sahih sepanjang perjalanan.

Buku Modul Jelajah Seerah 2.0 — Telusuri Sirah, Praktik Sunnah

Modul Istimewa — Umrah Jelajah Seerah

Ibadah Haji dan Umrah yang terbaik adalah yang dilakukan persis manasik Nabi SAW. Setiap perjalanan disulami pengisian sirah supaya jemaah turut menghayati kisah di sebalik setiap tempat yang dilawati.

Ilustrasi kit Umrah: beg, buku panduan dan botol

Kit Eksklusif TMK

Set bag TMK Travel, Buku Panduan Umrah Manasik Nabi SAW, dan Air Zam-Zam 5L untuk setiap jemaah.

Ilustrasi kereta api, Kaabah dan pembelajaran Umrah

Tambahan Istimewa

Kursus Umrah, Ziarah Tambahan, High-Speed Train, dan Kad Medical percuma mengikut terma & syarat.

Ilustrasi bilik hotel dengan pemandangan Masjid Nabawi

Hotel Yang Selesa

Penginapan berhampiran Masjidil Haram dan Masjid Nabawi, dipilih khas untuk keselesaan jemaah sepanjang ibadah.

Pakej Umrah 2025 / 2026

Pilih Pakej Yang Bersesuaian Dengan Anda

Untuk membuat tempahan Umrah, sila rujuk maklumat pakej di bawah atau terus hubungi kami di talian Hotline yang disediakan.

UJS Khas: Jejak Batu Bersurat (Bersama M. Faz)
Pakej Khas Emirates Airlines
UJS Khas: Jejak Batu Bersurat (Bersama M. Faz)
12 Hari 10 Malam
Bermula Dari
RM9,790
Lihat Pakej
UJS Ala Khutah
Pakej Khas Emirates Airlines
UJS Ala Khutah
12 Hari 10 Malam
Bermula Dari
RM9,990
Lihat Pakej
Umrah Tahsin Al-Quran
Pakej Khas Air Arabia
Umrah Tahsin Al-Quran
12 Hari 10 Malam
Bermula Dari
RM7,990
Lihat Pakej
UJS Promo (Mid Season – Direct Flight)
Mid Season Malaysia Airlines
UJS Promo (Mid Season – Direct Flight)
12 Hari 10 Malam
Bermula Dari
RM10,200
Lihat Pakej
UJS Promo (Mid Season – Transit Flight)
Mid Season Emirates
UJS Promo (Mid Season – Transit Flight)
12 Hari 10 Malam
Bermula Dari
RM9,290
Lihat Pakej
Umrah Iman & Taqwa 3.0 — Ustaz Adli Saad
Peak Season Saudia
Umrah Iman & Taqwa 3.0 — Ustaz Adli Saad
12 Hari 10 Malam
Bermula Dari
RM12,900
Lihat Pakej
UJS Promo (Low Season – Direct Flight)
Promo Malaysia Airlines
UJS Promo (Low Season – Direct Flight)
12 Hari 10 Malam
Bermula Dari
RM9,690
Lihat Pakej
UJS Promo (Low Season – Transit Flight)
Promo Emirates
UJS Promo (Low Season – Transit Flight)
12 Hari 10 Malam
Bermula Dari
RM8,990
Lihat Pakej
Tanya Pakej Lain →
◆ Proses Tempahan

Cara Mudah Tempah Umrah Bersama TMK Travel

Empat langkah ringkas dari pertanyaan pertama sehingga anda bersiap ke Tanah Suci.

01

Hubungi Kami

Hantar mesej ke talian Hotline atau WhatsApp TMK Travel untuk bertanya pakej yang sesuai.

02

Pilih Pakej

Rujuk pakej Umrah yang tersedia dan pilih tarikh serta ketetapan yang bersesuaian dengan anda.

03

Lengkapkan Dokumen

Sediakan pasport dan dokumen yang diperlukan. Team TMK akan bantu proses pendaftaran.

04

Jom Cipta Kenangan

Selesaikan pembayaran dan bersiap untuk menunaikan Umrah bersama modul Jelajah Seerah TMK.

Perjalanan Suci Bermula Di Sini

Jom Cipta KenanganTerindah Bersama TMK

Mulakan perjalanan ke Tanah Suci dengan kami. Mudah, dipercayai, penuh bermakna.

Mula Tempahan

Dipercayai · Mudah · Selamat

Rakan Strategik

Rakan Strategik TMK Travel & Tours

Apa Kata Jemaah Kami?

Kami lebih suka jemaah bercakap sendiri — setiap ulasan di bawah ditulis oleh mereka yang baru pulang dari Tanah Suci, dipetik terus daripada Google.

1000+ Jemaah telah menyempurnakan Umrah bersama TMK Travel Setiap kumpulan dipimpin ustaz & pembimbing umrah bertauliah.
5.0
Berdasarkan 351 ulasan Google
_shahjeon 0109
Julai 2026

Assalamualaikum. Saya sangat berpuas hati dengan pengurusan dari TMK Travel & Tours Sdn Bhd. Pengurusannya yang sangat tersusun rapi dan lancar bermula dari penerimaan passport di KLIA dan sehingga pulang ke tanah air. Terima kasih juga yang tak terhingga kepada Ustaz Farid yang telah menjaga jemaah dengan baik dan terima kasih di atas segala ilmu yang telah dicurahkan. Ustaz Farid seorang yang sangat santai, baik dan meluas ilmunya, penceritaan yang sangat detail yang sangat menusuk hati. Di akhir kata, semoga ukhuwah yang terjalin bersama para jemaah kekal himgga ke syurga. Semoga dapat dipertemukan lagi dengan TMK Travel pada tahun hadapan. Amin.

Baca penuh

Lihat di Google
nor masturo
Julai 2026

Alhamdulillah, my sincere thanks to TMK Travel & Tours Sdn. Bhd. for organizing such a well-planned, systematic, and hassle-free journey for all the pilgrims. Your team was always there whenever we needed assistance and constantly did your very best to ensure everything went smoothly.

My heartfelt thanks also go to everyone in our group. It was truly a blessing to be surrounded by people who were respectful, friendly, warm, and always cheerful. 🥰

A special thank you to Ustaz Farid for your unwavering support whenever we needed help. We are also deeply grateful for the valuable knowledge you shared throughout our Sirah journey. We learned so much, and it made us realize how little we know and how much more there is for us to learn. 😔

May Allah SWT reward each and every one of you abundantly for your kindness and dedication, and bless you always. Thank you, everyone. 🌟🤲

muhammad aizuddin
April 2026

Alhamdulillah..TMK Travel & Tours Terbaik..Janji ditepati..hotel dekat dan memudahkan urusan jemaah dalam beribadah..ziarah mempunyai modul seerah yang Sahih..pengurusan amat lancar dari Klia sehingga pulang ke tanah air..Mutawwif yang baik dan berpengalaman serta menjaga kebajikan jemaah dengan baik..Terima kasih TMK👍👍👍

HAZIM M.NAZIR
Julai 2026

saya seronok dpt beribadah dengan mudah walaupun ini umrah pertama saya, tiada pengalaman yang tak mnyeronokkan .TMK mnyediakan pakej yang baik, saya harap dapat melaksanakan ibadah haji bersama TMK di masa akan datang

Lihat di Google
Intan suhaimi
Julai 2026

Syukur Alhamdulillah..
Segalanya atas izin Allah swt atas perjalanan umrah sirah bersama TMK Travel..
Sangat² memuaskan dan memori terindah dalam perjalanan ke kota² suci ini..
Mutawif yg sarat dengan ilmu sirah menambahkan baik perjalanan umrah ini penuh makna dan kecintaan pada para² Nabi dan Syuhada..
InsyaAllah akan bersama TMK dan Ustaz Farid di Umrah² seterusnya..
Moga TMK Travel Terus Majujaya.. Cemerlang.. Gemilang dan Terbilang hingga Akhirnya..
Terima Kasih dan Syukur Alhamdulillah Untuk Semua petugas TMK Travel yg Terlibat..
Semoga Allah swt Menganjari Kalian dengan Kebaikan Dunia Akhirat.. Aamiin Ya Rabb..

Shukor Ciko
April 2026

TMK terbaik.. Jelajah Sirah bersama mutawwif ustaz izuddin sangat best.. Bnyk ilmu baru dipelajari, perjalanan pun tak kalut, semua nya smoothh..... Je.

Lihat di Google
Habsah Isa
Julai 2026

Assalamualaikum.

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada TMK Travel & Tours serta Mutawwif Ustaz Farid yang telah banyak membantu, membimbing dan menguruskan setiap urusan sepanjang perjalanan ibadah umrah saya dan anak.

Segala tunjuk ajar, kesabaran, keprihatinan dan layanan yang diberikan amat kami hargai.

Semoga setiap usaha dalam memudahkan urusan para tetamu Allah ini menjadi amal jariah yang berterusan dan dikurniakan ganjaran pahala yang berlipat ganda.

Semoga TMK Travel & Tours terus maju dan sentiasa menjadi asbab lebih ramai umat Islam dapat menunaikan ibadah umrah dengan tenang, selesa dan penuh keberkatan.

Jazakumullahu khairan kathira.

Inntan Emir
April 2026

Alhamdulillah, pakej yang selesa dan jadual yang tersusun. tak pack dan easy going. sesuai untuk jemaah yang nak pergi beribadah sambil santai santai.
pengurusan yang lancar ketika di sana.

Lihat di Google
Kareem Banzeema
Julai 2026

Utk yg pertama Kali..pilihlah tmk..bersederhana...Dan sampai menjalankan ibadah...tenang itu penting.. guided Dr mutawif yg hebat. Alhamdulillah...Sy sudah ...anda bila lagi? TMK best

Lihat di Google

Testimoni Video Jemaah

Rakaman sebenar daripada kumpulan Umrah Jelajah Seerah — klik untuk tonton.
Testimoni video jemaah TMK Travel
Jemaah UJS 2025
Testimoni Video
Testimoni video jemaah TMK Travel
Jemaah UJS 2025
Testimoni Video
Testimoni video jemaah TMK Travel
Jemaah UJS 2025
Testimoni Video
✕

Ada Persoalan? Kami Bantu Jawab

Soalan yang paling kerap diajukan tentang harga, pakej, dokumen, vaksin dan urusan di Tanah Suci.

Tanya Soalan Lain
01Berapakah harga pakej umrah TMK Travel & Tours?
Pakej umrah TMK Travel & Tours bermula RM7,990 seorang (bilik berempat) sehingga RM15,600 seorang (bilik berdua), bergantung pada pakej, tarikh dan jenis bilik. Harga bilik berempat, bertiga dan berdua dipaparkan pada halaman setiap pakej, dan kanak-kanak mempunyai harga tersendiri. Hubungi kami di WhatsApp untuk tarikh dan harga terkini.
Pakej umrah TMK merangkumi penerbangan dan penginapan, visa, bimbingan mutawwif, kursus umrah, bas berhawa dingin, ziarah di Mekah dan Madinah serta Modul Jelajah Seerah. Setiap jemaah turut menerima Kit Eksklusif TMK: set beg TMK Travel, Buku Panduan Umrah Manasik Nabi SAW dan air Zam-Zam 5L. Sesetengah pakej ada nilai tambah seperti High Speed Train atau bermalam di Taif. Semak senarai “Pakej Termasuk” pada halaman pakej, tertakluk kepada terma & syarat.
Umrah Jelajah Seerah ialah modul pengisian ilmu TMK Travel & Tours yang membawa pengisian sirah Nabi SAW ke dalam perjalanan umrah, dengan ibadah umrah dilakukan mengikut manasik Nabi SAW dan ziarah di Mekah, Madinah dan sekitarnya. TMK menyatakan diri sebagai syarikat pertama yang menyediakan modul Jelajah Seerah.
Ya. TMK Travel & Tours Sdn. Bhd. memegang Lesen Pengendali Pelancongan KPL 9749, nombor pendaftaran syarikat 1240848-D, diperbadankan pada 31 Julai 2017 dan beroperasi dari Shah Alam, Selangor. Kami ahli IATA & MATTA.
Pilih pakej dan jenis bilik di bahagian Pakej Umrah, kemudian hubungi kami melalui WhatsApp atau talian hotline 014-723 6494. Selepas itu sediakan pasport dan dokumen yang diperlukan, dan pasukan TMK akan membantu proses pendaftaran sehingga anda bersiap ke Tanah Suci.
Ya. Kebanyakan pakej UJS mempunyai harga kanak-kanak berasingan: kanak-kanak tanpa katil, diskaun untuk kanak-kanak berkatil dan harga bagi bayi bawah 2 tahun. Jumlahnya berbeza mengikut pakej, jadi semak bahagian “Terma Kanak-Kanak” pada halaman pakej atau tanya kami di WhatsApp.
Pakej umrah TMK semasa berdurasi 12 hari 10 malam dan menggunakan Emirates Airlines, Air Arabia, Malaysia Airlines dan Saudia, mengikut pakej. Pilihan penerbangan terus dan transit disediakan bagi pakej UJS Promo. Tarikh keberangkatan, hotel dan jarak ke masjid dipaparkan pada halaman setiap pakej.
Pasport perlu masih sah sekurang-kurangnya 6 bulan sebelum tarikh penerbangan. Sediakan dokumen lengkap seperti yang tertera di dalam Borang Pendaftaran yang diberikan, dan sijil vaksin meningitis (lihat soalan vaksin di bawah). Setiap jemaah diwajibkan mempunyai telefon pintar dan memuat turun aplikasi Tawakkalna dan Nusuk (dahulu Eatmarna) untuk digunakan di Arab Saudi. Pastikan kesihatan sentiasa baik sehingga ke tarikh penerbangan.
Kementerian Kesihatan Arab Saudi mewajibkan semua jemaah umrah mengambil vaksin meningitis kuadrivalen (ACYW), sekurang-kurangnya 10 hari sebelum tiba di Arab Saudi. Vaksin konjugat sah selama 5 tahun dan vaksin polisakarida sah selama 3 tahun. Pihak berkuasa kesihatan negara asal jemaah perlu mengesahkan nama vaksin dan tarikh suntikan pada sijil. Bawa sijil vaksin semasa berlepas. Syarat kesihatan dikemas kini setiap tahun, jadi sahkan dengan pembimbing kami sebelum berlepas.
Semua pelanggan yang berdaftar akan dicarum insurans yang disediakan oleh kerajaan Arab Saudi ketika memohon Visa Umrah / Visa Pelancong. Caruman ini telah termasuk di dalam pakej dan berkuatkuasa selama sebulan dari hari ketibaan di Arab Saudi. Sekiranya anda ingin mengambil perlindungan tambahan, pihak syarikat amat menggalakkan berbuat demikian, dan insurans umrah boleh dibeli di Alkhairi Care.
Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi mewajibkan permit umrah dipohon melalui aplikasi Nusuk (dahulu Eatmarna) sebelum ke Masjidil Haram. Slot solat fardhu, ziarah Raudhah dan Makam Rasulullah SAW juga dipohon melalui aplikasi yang sama dan tertakluk kepada kekosongan semasa. Sebarang pembatalan slot hendaklah dibuat 4 jam sebelumnya. Peraturan ibadah di Masjidil Haram dan Masjid Nabawi, termasuk tawaf sunat, iktikaf dan tawaf wada’, tertakluk kepada keputusan semasa kerajaan Arab Saudi, dan Pembimbing Umrah kami akan memaklumkan jemaah.
Simkad boleh dibeli di tempat jualan simkad yang akan ditentukan oleh Pembimbing Umrah untuk memuat turun aplikasi Tawakkalna dan Nusuk (dahulu Eatmarna) setelah tiba di Jeddah kelak. Pelanggan disyorkan untuk menyelesaikan urusan pengaktifan akaun aplikasi Tawakkalna dalam masa 8 jam selepas tiba di Arab Saudi.
Pejabat TMK Travel & Tours terletak di C-42-1, Star Avenue Commercial Centre, Jalan Zuhal U5/179, Bandar Pinggiran Subang, 40150 Shah Alam, Selangor. Hubungi kami melalui hotline / WhatsApp 014-723 6494, telefon pejabat 03-7832 7566 atau emel tmktours@gmail.com.

Telusuri Sirah, Praktik Sunnah.

Syarikat pertama menyediakan modul Jelajah Seerah untuk perjalanan Umrah anda.

Web design by Fido Design