Dokumen & Syarat Umrah dari Malaysia
Senarai persediaan sebelum berlepas: pasport, vaksin, permit Nusuk, insurans dan simkad. Maklumat berasaskan keperluan yang dikuatkuasakan Kementerian Haji dan Umrah serta Kementerian Kesihatan Arab Saudi; peraturan boleh berubah, jadi pasukan TMK akan mengesahkan keperluan terkini semasa pendaftaran.
Dikemas kini 3 October 2026 · TMK Travel & Tours (KPL 9749)
Apakah tindakan & dokumen yang diperlukan untuk menunaikan umrah sekarang?
Pasport perlu masih sah sekurang-kurangnya 6 bulan sebelum tarikh penerbangan. Sediakan dokumen lengkap seperti yang tertera di dalam Borang Pendaftaran yang diberikan, dan sijil vaksin meningitis (lihat soalan vaksin di bawah). Setiap jemaah diwajibkan mempunyai telefon pintar dan memuat turun aplikasi Tawakkalna dan Nusuk (dahulu Eatmarna) untuk digunakan di Arab Saudi. Pastikan kesihatan sentiasa baik sehingga ke tarikh penerbangan.
Apakah vaksin yang diwajibkan untuk menunaikan umrah?
Kementerian Kesihatan Arab Saudi mewajibkan semua jemaah umrah mengambil vaksin meningitis kuadrivalen (ACYW), sekurang-kurangnya 10 hari sebelum tiba di Arab Saudi. Vaksin konjugat sah selama 5 tahun dan vaksin polisakarida sah selama 3 tahun. Pihak berkuasa kesihatan negara asal jemaah perlu mengesahkan nama vaksin dan tarikh suntikan pada sijil. Bawa sijil vaksin semasa berlepas. Syarat kesihatan dikemas kini setiap tahun, jadi sahkan dengan pembimbing kami sebelum berlepas.
Bagaimana cara untuk mendapatkan slot solat, umrah, ziarah Raudah dan Rasulullah?
Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi mewajibkan permit umrah dipohon melalui aplikasi Nusuk (dahulu Eatmarna) sebelum ke Masjidil Haram. Slot solat fardhu, ziarah Raudhah dan Makam Rasulullah SAW juga dipohon melalui aplikasi yang sama dan tertakluk kepada kekosongan semasa. Sebarang pembatalan slot hendaklah dibuat 4 jam sebelumnya. Peraturan ibadah di Masjidil Haram dan Masjid Nabawi, termasuk tawaf sunat, iktikaf dan tawaf wada’, tertakluk kepada keputusan semasa kerajaan Arab Saudi, dan Pembimbing Umrah kami akan memaklumkan jemaah.
Adakah perlu untuk mengambil insurans tambahan?
Semua pelanggan yang berdaftar akan dicarum insurans yang disediakan oleh kerajaan Arab Saudi ketika memohon Visa Umrah / Visa Pelancong. Caruman ini telah termasuk di dalam pakej dan berkuatkuasa selama sebulan dari hari ketibaan di Arab Saudi. Sekiranya anda ingin mengambil perlindungan tambahan, pihak syarikat amat menggalakkan berbuat demikian, dan insurans umrah boleh dibeli di Alkhairi Care.
Bagaimanakah cara untuk membeli simkad?
Simkad boleh dibeli di tempat jualan simkad yang akan ditentukan oleh Pembimbing Umrah untuk memuat turun aplikasi Tawakkalna dan Nusuk (dahulu Eatmarna) setelah tiba di Jeddah kelak. Pelanggan disyorkan untuk menyelesaikan urusan pengaktifan akaun aplikasi Tawakkalna dalam masa 8 jam selepas tiba di Arab Saudi.
Perlu bantuan menyediakan dokumen?
Pasukan TMK membantu proses pendaftaran sehingga jemaah bersiap ke Tanah Suci. Hubungi hotline / WhatsApp 014-723 6494 atau lihat pakej dan harga semasa.
Ada soalan tentang pakej umrah?
Pasukan TMK bantu pilih pakej, tarikh dan jenis bilik yang sesuai.
