Menjadi syarikat pelancongan yang dipercayai dan berdaya saing di peringkat tempatan dan antarabangsa.
To be a trusted and competitive travel company at both local and international levels.
Umrah mengikut manasik Nabi SAW bersama modul Jelajah Seerah yang lengkap.
TMK Travel & Tours Sdn. Bhd. — ejen pelancongan berlesen yang diiktiraf oleh Kementerian Pelancongan Malaysia, dengan pendekatan Journey With Purpose dalam setiap perkhidmatan.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera,
Sejak penubuhan TMK Travel & Tours, kami komited dalam membina sebuah organisasi yang berteraskan kepercayaan, integriti serta kecemerlangan dalam industri pelancongan dan pengurusan perjalanan.
Pencapaian yang diraih hari ini tidak akan dapat direalisasikan tanpa kepercayaan pelanggan serta dedikasi berterusan pasukan dalam memastikan setiap perkhidmatan disampaikan dengan standard yang tinggi.
Sebagai sebuah organisasi yang menyediakan penyelesaian perjalanan secara menyeluruh, merangkumi pengurusan ibadah, pelancongan serta sokongan operasi perjalanan, TMK Travel & Tours sentiasa menitikberatkan aspek kualiti, kecekapan dan pengalaman pelanggan secara menyeluruh.
Kami memahami bahawa setiap perjalanan membawa tujuan dan nilai yang tersendiri. Justeru, kami komited untuk memastikan setiap pengalaman yang disampaikan adalah lancar, teratur dan memberikan ketenangan kepada pelanggan.
Melangkah ke hadapan, kami akan terus memperkukuhkan jenama, meningkatkan keupayaan perkhidmatan serta memperluaskan peranan sebagai sebuah organisasi yang diyakini dalam industri ini.
Semoga segala usaha ini diberkati dan dipermudahkan oleh Allah SWT.
Sekian, terima kasih.
Tuan Haji Nik Ikrami Bin Haji OmarPengarahTMK Travel & Tours
Assalamualaikum dan selamat sejahtera,
Setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan kepada Allah subhanahu wata’ala atas nikmat Islam serta iman. Kita telah menghadapi banyak cabaran sejak penubuhan TMK Travel & Tours ini, tetapi dengan semangat dan kerjasama yang kuat, kita telah berjaya mengatasinya.
Kami bertekad untuk menjadi pilihan utama bagi masyarakat Malaysia yang ingin melaksanakan ibadah umrah. Dengan pelbagai pakej umrah yang kami tawarkan, kami memastikan bahawa setiap jemaah dapat menikmati pengalaman yang selesa dan bermakna. Dari pakej asas hingga yang premium, kami berusaha untuk memenuhi keperluan setiap individu, termasuk penginapan yang selesa dan perkhidmatan yang mesra.
Kerjasama dan sokongan anda adalah pendorong utama dalam menjayakan misi ini. Terima kasih atas sokongan dan kepercayaan diberikan kepada kami. Saya mengharapkan kita terus bekerjasama dan bersemangat untuk mencapai kejayaan yang lebih besar. Saya yakin dengan semangat ini, kita dapat membawa perubahan positif dalam industri ini.
Wassalam.
Sekian,
Tuan Hj Hilmi Salam Bin RuslanPengarah OperasiTMK Travel & Tours
Company’s Background
TMK Travel & Tours Sdn. Bhd. merupakan sebuah ejen pelancongan berlesen yang diiktiraf oleh Kementerian Pelancongan Malaysia. Syarikat ini telah diperbadankan pada 31 Julai 2017 sebagai sebuah syarikat berhad menurut syer.
TMK menyediakan rangkaian perkhidmatan perjalanan yang menyeluruh merangkumi pelancongan domestik dan antarabangsa, pengurusan perjalanan ibadah, tempahan tiket penerbangan serta perkhidmatan sokongan pelancongan.
Diterajui oleh barisan pengurusan yang berpengalaman dalam industri pelancongan, TMK menekankan perancangan yang sistematik, pengurusan operasi yang efisien serta penyampaian perkhidmatan yang konsisten.
Sebagai sebuah syarikat milikan bumiputera, TMK komited untuk terus berkembang sebagai penyedia perkhidmatan pelancongan yang dipercayai, dengan fokus kepada kualiti, ketelitian dan pengalaman pelanggan yang menyeluruh.
TMK mengangkat pendekatan Journey With Purpose dalam setiap perkhidmatan yang ditawarkan.
Name Meaning & Company Philosophy
True Meaning of Kembara
“TMK” membawa maksud True Meaning of Kembara, yang mencerminkan pendekatan perjalanan yang bukan sekadar destinasi, tetapi penuh makna, kefahaman dan penghayatan.
Pendekatan ini menekankan bahawa setiap perjalanan yang dilalui bukan sekadar pengalaman fizikal, tetapi sebuah kembara yang mempunyai nilai, tujuan dan makna yang lebih mendalam.
Dalam konteks ibadah umrah, pendekatan ini memberi fokus kepada pengalaman ibadah yang lebih bermakna melalui penghayatan sirah dan amalan sunnah sepanjang perjalanan.
Vision, Mission & Core Values
Menjadi syarikat pelancongan yang dipercayai dan berdaya saing di peringkat tempatan dan antarabangsa.
To be a trusted and competitive travel company at both local and international levels.
Menyediakan perkhidmatan perjalanan yang tersusun, berkualiti dan menyeluruh dengan memberi fokus kepada pengalaman pelanggan, kecekapan operasi dan penambahbaikan berterusan.
To deliver structured, high-quality and comprehensive travel services with a focus on customer experience, operational efficiency, and continuous improvement.
Menjalankan setiap urusan dengan jujur, telus dan bertanggungjawab.
Conducting all dealings with honesty, transparency and accountability.
Mengutamakan standard kerja yang tinggi dalam setiap aspek perkhidmatan.
Maintaining high standards in every aspect of service delivery.
Memberi penekanan kepada perincian dan pengalaman pelanggan yang menyeluruh.
Focusing on detail and delivering a comprehensive customer experience.
Berusaha secara konsisten untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik.
Consistently striving to deliver the best possible service.
Lihat pakej umrah TMK atau hubungi kami — kami bantu pilih pakej yang sesuai.
Pertanyaan Pakej Umrah
Web design by Fido Design